Friday 11 May 2012

Piramid Makanan

Apakah dia Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu
Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)
Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Apakah itu saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

Apakah yang membentuk sajian?
carta_piramid

Sumber: Info dari: Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Hidrogen berkaitan dengan pembentukan air

Memang menjadi tabiat jahat sesetengah umat manusia yang suka mengambil jalan pintas. Sebelumnya ini tidak diketahui wujudnya tabiat atom hidrogen yang juga gemar suka mengambil jalan dekat.

Proton yang kesepian, merupakan nukleus bagi atom hidrogen, biasa-biasanya menggunakan jalan yang sama iaitu laluan ikatan hidrogen, bagi bergerak dari satu molekul ke molekul yang lain. Tetapi kini desas desus dari penyelidik lain pula ceritanya. Laporan menunjukkan proton sebenarnya melakukan perjalanan kepada molekul lain dengan cara yang berbeza-beza.Implikasi laluan baru ini masih tidak diketahui oleh para saintis dan mereka masih terkejut beruk melihat benda baru.

Kajian  ini boleh dikatakan menarik dan penting kerana ikatan hidrogen sentiasa berada di sekeliling kita dimana-mana dan melibatkan dengan banyak perkara," kata  Encik Tom DeCoursey, seorang ahli  fisiologi elekto dari Pusat Perubatan Universiti Rush bertempat di Chicago.

Kejadian perpindahan Proton penting dalam kebanyakan proses biologi, seperti fotosintesis, jelas DeCoursey. "Tetapi saya tak melihat hubungan secara langsung dalam sistem biologi," komen tentang beliau penyelidikan baru itu . "Peranan sebenarnya adalah cerita lain."

Atom hidrogen sering wujud tanpa elektron, di mana, ahli kimia merujuk kepada sebagai ion hidrogen, atau hanya sebagai proton. Proton banyak berpindah semasa dalam kejadian tindak balas kimia, dan para saintis berpendapat   ikatan hidrogen merupakan salah satu caranya .

Ikatan hidrogen, adalah keadaan di mana proton yang bercas positif melekit tertarik pada atom bercas negatif. Ini paling kerap dan sentiasa berlaku di mana-mana pelusuk alam, antaranya adalah kejadian air dan DNA. Ikatan ini melibatkan satu molekul memiliki proton dan dan satu lagi molekul kehilangan sedih proton semasa suatu tindak balas kimia berlaku.

"Bagi proton, ikatan hidrogen adalah umpama menunggang di litar yang yang menyambungkan di antara dua molekul," kata Anna Krylov, ahli kimia dari University of Southern California di Los Angeles. Beliau dan rakannya telah memaksa proton untuk berpindah antara susunan molekul yang berbentuk cincin dan tidak ada mempunyai sebarang  ikatan hidrogen antara mereka. Berdasarkan pengiraan yang dibuat menunjukkan bukti bahawa molekul berupaya menyusun semula diri mereka, lalu membentuk suatu laluan baru yang terpantas untuk proton bergerak. "Molekul telah berperanan membantu mereka  mencari jalan," kata Krylov.

Pelancaran Dasar Jaminan Bekalan Air

Jom baca Berita Harian..

PARIT BUNTAR: Dasar Sumber Air Negara (DSAN) bagi tempoh 2010 hingga 2050 dalam menentukan hala tuju masa depan untuk sektor sumber air berdasarkan kajian semula sumber air negara dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Muhyiddin berkata, DSAN penting ke arah merintis proses memastikan bekalan air yang terjamin pada era pembangunan ekonomi negara, khususnya sektor pertanian dan perindustrian, pertumbuhan perbandaran dan pertambahan penduduk yang pesat.
Katanya, DSAN yang disedia berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara bagi 2010 hingga 2050, turut menetapkan prinsip asas sumber air negara yang menyentuh isu air untuk makanan dan pembangunan luar bandar dengan jelas.
“Prinsip itu menekankan mengenai perlunya sumber air yang mencukupi untuk jaminan bekalan makanan selain membantu menaik taraf pembangunan di kawasan luar bandar,” katanya berucap merasmikan dan melancarkan Sambutan Hari Air Sedunia 2012 peringkat kebangsaan bertemakan ‘Air dan Jaminan Makanan’ dan DSAN di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, di sini, semalam.

Beliau diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang turut menyampaikan Anugerah Tesis Sumber Air dan Hidrologi kepada pemenang Dr Farah Aini Dahalan yang merangkul Anugerah Emas Doktor Falsafah Terbaik, Roslan Zairi Mostapa (Anugerah Emas Sarjana Terbaik) dan R Gillian Eve (Anugerah Emas Sarjana Muda Terbaik).

Muhyiddin yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata, beliau berharap pelbagai langkah strategik untuk mengenal pasti dan menambah sumber air negara, termasuk sumber air bawah tanah yang dikenal pasti berpotensi menjadi sumber alternatif menampung permintaan air di negara ini.

“Laporan awal oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati isi padu air tanah yang tersimpan di Malaysia dianggarkan berjumlah 5,000 bilion meter padu yang mempunyai nilai komersial sebanyak RM7.5 trilion.
“Sehubungan itu, saya berharap kajian serta pembangunan sistematik dan menyeluruh terhadap sumber air bawah tanah, selaras dengan kaedah pengurusan air bersepadu, dapat dipertingkatkan bagi membantu merealisasikan jaminan bekalan air seterusnya jaminan bekalan makanan di negara ini pada masa depan,” katanya.

Katanya, Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) melaporkan ketika ini hampir satu bilion penduduk dunia berdepan masalah kekurangan makanan dan nutrisi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, sebahagian penduduk Perak, Pulau Pinang dan Kedah yang tinggal berdekatan Sungai Kerian akan mendapat faedah besar selepas kerajaan meluluskan peruntukan RM490 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian yang kerja utamanya membabitkan pembinaan benteng sungai sepanjang 300 kilometer dan rumah pam.

Hari Air Sedunia


Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac.  Ia adalah untuk memperingati kepentingan air dalam kehidupan kita dan adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (Decade for Water, 2005 - 2015) oleh Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.  Tahun ini, sambutan adalah bertemakan "Air dan Jaminan Makanan" di mana ia menekankan kepentingan air untuk membekalkan makanan kepada populasi dunia yang sentiasa bertambah.

Bagaimana pula membekalkan makanan menyebabkan dunia dahaga?  Jawapannya tertumpu kepada jumlah air yang kita gunakan untuk menghasilkan makanan kita.

Di mana air digunakan?

Terdapat pelbagai proses yang terlibat dalam bidang pertanian dan ia menggunakan air.  Bagi perladangan, penggunaan air adalah dalam bentuk pengairan atau terus dari "hujan".  Pemprosesan produk mentah juga memerlukan banyak air.  Kemudian, proses pembuatan makanan untuk menghasilkan barang separuh siap dan siap untuk pasaran tempatan dan antarabangsa juga menggunakan air.  Sebagai contoh, kita menggunakan 140 liter air untuk menghasilkan 1 cawan kopi, 184 liter air untuk 1kg tomato dan 1000 liter air untuk 1 liter susu lembu.

Apabila makanan diimport atau dieksport, kita sebenarnya mengimport dan mengeksport "Water Foot print" untuk setiap produk.  Water Foot print (kadar penggunaan air) adalah jumlah air yang digunakan untuk menghasilkan produk dalam kuantiti tertentu.  Ini boleh diperolehi melalui proses Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment - LCA).  Pengimportan dan pengeksportan seperti ini akan menyebabkan tekanan terhadap permintaan air di negara asal.

Sebagai contoh, bijirin menggunakan banyak air melalui pengairan.  Banyak Syarikat Multinasional memasarkan bijirin kepada dunia, maka permintaan bagi air untuk menghasilkan produk-produk ini akan meningkat.  Ini akan menyebabkan bahagian dunia yang menghasilkan bijirin ini lebih DAHAGA.  Jika makanan anda melalui perjalanan yang jauh sebelum sampai kepada anda, maka anda bukan sahaja menyebabkan peningkatan permintaan air, anda juga meningkatkan kesan alam sekitar yang lain.

Ini adalah persoalan Keuntungan untuk perniagaan melawan Bekalan makanan dan menyediakan air untuk golongan miskin.

Penanaman Tunggal (Monocrop) and Ladang Ternakan Besar

Untuk iklim hutan hujan tropika dan tropika, kawasan tadahan air kita yang terbesar adalah hutan.  Amalan Monocrop memerlukan sebidang tanah yang luas dengan menanam satu jenis tanaman sahaja untuk tujuan komersil.  Ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kehilangan kawasan tadahan air.  Ini juga mendorong pencemaran kepada kedua-dua sumber air permukaan dan air bawah tanah akibat penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun perosak yang tinggi.  Walaupun kaedah monocrop dapat mengurangkan kos pengeluaran, kesannya terhadap alam sekitar adalah masih besar dan boleh diukur.

Pada masa yang sama, penternakan berskala besar mengenakan risiko yang besar kepada alam sekitar dan meningkatkan penggunaan air.  Perusahaan ikan sangkar dan memperkenalkan spesis pendatang (alien species) kepada ekosistem tempatan secara perlahan-lahan membunuh alam sekitar.  Untuk industri ternakan lembu dan khinzir, pengurusan air sisa masih di peringkat awal.  Di Malaysia, dasar yang lebih berpaksikan pertanian sedang dilaksanakan.  Ini akan menimbulkan tekanan serta-merta kepada sistem air kita dan kita perlu menguruskan kesan-kesannya dengan efektif.

Pengurusan Pengairan dan Saliran


Di Malaysia, air adalah sektor yang kuat dipolitikkan.  Disebabkan ini, pengurusan air dari sumber sehingga penggunaan dan pengurusan air sisa masih bercelaru.  Bagi penggunaan air di sektor pertanian, masih tiada integrasi dan pemantauan.

Penggunaan air di Malaysia boleh dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62% air masing-masing.  Mengikut Malaysia Water Industry Guide 2011, sektor domestik menggunakan 2.07 billion meter padu air terawat (1 meter padu bersamaan dengan 1000 liter) pada tahun 2010.  Berdasarkan ini, AWER menganggarkan penggunaan air bagi sektor pertanian adalah hampir 7.56 billion meter padu air.  Ini merupakan kuantiti air yang banyak yang tidak dikawalselia secara langsung atau tidak langsung di Malaysia.


Perubahan Iklim dan Kesannya

Semua masalah yang berkaitan dengan air masih wujud dan nyata.  Perubahan iklim hanya menjadikannya lebih buruk.  Sejak kebelakangan ini, kita dapat memerhatikan bahawa cuaca yang melampau (extreme) telah mengurangkan hasil pertanian dan memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

Perubahan iklim secara langsung memberi kesan kepada keseimbangan kitaran air.  Di Malaysia, hujan adalah sumber air yang paling boleh diharapkan untuk mengisi air permukaan (sungai, tasik dan mata air) dan air bawah tanah.  Kemarau yang berlaku beberapa tahun yang lepas telah membuktikan bahawa sumber air bawah tanah paling teruk terjejas.  Ini hanya membuktikan bahawa kita perlu menguruskan sumber air permukaan dan meminimumkan kesan penggunaan air bagi aktiviti pertanian (yang hampir 62%) kepada kegawatan air.

Jika keadaan ini berterusan dan menjadi lebih teruk, kita akan sampai ke persimpangan di mana kita perlu membuat keputusan antara menyediakan air untuk bekalan minuman atau menyediakan makanan.

Apa yang kita patut lakukan?

Pengurangan atau pengoptimuman penggunaan air untuk proses tertentu untuk industri (berkaitan dengan aktiviti pertanian) dan sektor pertanian perlu dilaksanakan.  Ini boleh diukur secara berkesan melalui kadar penggunaan air atau lebih dikenali sebagai water footprint.  Untuk aktiviti pertanian yang menggunakan pengairan, "pengairan yang berkesan" mesti dipraktikkan.  Menyiram air secara berlebihan untuk membasahkan seluruh tanah tidak semestinya dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih tinggi.  Kajian telah membuktikan bahawa, membasahkan kawasan akar melalui "kaedah titisan" telah mengurangkan penggunaan air dengan ketara dan dapat meningkatkan hasil tanaman.  Revolusi dalam aktiviti pertanian adalah satu kemestian.

Pelepasan air sisa daripada aktiviti pertanian berskala kecil dan besar mesti dipantau dan dikawalselia.  Peningkatan dalam aktiviti pertanian hanya akan meningkatkan pencemaran dan seterusnya mencemarkan kedua-dua sumber air permukaan dan air bawah tanah.  Ini akan menyebabkan peningkatan kos rawatan air untuk minum dan dalam sesetengah kes, ia akan memusnahkan sumber air selamanya.  Pada masa ini, Jabatan Alam Sekitar sedang membangunkan peraturan-peraturan baru untuk memantau aktiviti ternakan haiwan.  Peraturan ini adalah penting untuk memastikan pencemaran dipantau dan meningkatkan taraf operasi perladangan di Malaysia.

Penggunaan semula air sisa adalah satu mekanisme yang baik yang boleh dilaksanakan juga.  Pengeluaran air yang dikitar semula dan baja semulajadi akan mengurangkan kos pengurusan air sisa untuk aktiviti pertanian dengan berkesan.  Ini juga bermakna agensi-agensi yang terlibat perlu mengkaji semula dasar-dasar dan pelaksanaan yang sedia ada untuk menyediakan satu rangka kerja dasar yang bersepadu supaya dapat melindungi sistem air kita.

Akhir sekali, setiap kali anda buang makanan atau membazirnya, ingat bahawa anda membuang beratus-ratus liter air juga.  Beli dan makan apa yang anda perlukan sahaja. Amalkan amalan ini untuk mencegah pembaziran sumber di dunia.  Ini adalah satu-satunya planet kita ada untuk hidup, tetapi kini dunia DAHAGA kerana kita LAPAR. AIR ADALAH KEHIDUPAN!


Monday 30 April 2012

7 Kepentingan Air kepada Manusia



Air sememangnya keperluan di dalam kehidupan harian kita. Semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan  mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.




Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.
Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. 
Hal ini kerana kehadiran klorin dalam air yang dirawat. Jika klorin membunuh bakteria, apakah yang anda jangkakan kesan klorin ke atas sel-sel tubuh kita ? Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rectum dan usus termasuklah penyakit jantung, atherosclerosis (pengerasan saluran darah), anemia (kekurangan sel darah merah), tekanan darah tinggi dan reaksi alahan.
Ianya juga menyebabkan kerosakan kepada kulit dan rambut.

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air. 

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai. 

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. 




Air perlu dihargai. Hargailah air.!!

Nasihat yang berguna


Mari sama-sama kita dengar nasihat dari animasi negara kita. 


Mulakan makan makanan seimbang dari rumah lagi.. 


"Ingat kawan-kawan, penjagaan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama"


"Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman"


"Ingat ya, 1 sudu gula sahaja, kalau kita nak terus sihat, kita tak boleh ambil gula berlebihan. 1 sudu dah cukup, kurang lebih baik"


"Kurangkan makanan berminyak, ambillah makanan berkhasiat"

Kawan-kawan, kita jangan hanya menonton sahaja iklan dan video-video ini. Kita perlulah membuka mata serta hati kita untuk berubah. Ingat, 'makanan yang sihat melahirkan tubuh badan yang sihat.'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...