Monday, 30 April 2012

7 Kepentingan Air kepada Manusia



Air sememangnya keperluan di dalam kehidupan harian kita. Semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan  mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.




Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.
Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. 
Hal ini kerana kehadiran klorin dalam air yang dirawat. Jika klorin membunuh bakteria, apakah yang anda jangkakan kesan klorin ke atas sel-sel tubuh kita ? Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rectum dan usus termasuklah penyakit jantung, atherosclerosis (pengerasan saluran darah), anemia (kekurangan sel darah merah), tekanan darah tinggi dan reaksi alahan.
Ianya juga menyebabkan kerosakan kepada kulit dan rambut.

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air. 

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai. 

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. 




Air perlu dihargai. Hargailah air.!!

Nasihat yang berguna


Mari sama-sama kita dengar nasihat dari animasi negara kita. 


Mulakan makan makanan seimbang dari rumah lagi.. 


"Ingat kawan-kawan, penjagaan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama"


"Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman"


"Ingat ya, 1 sudu gula sahaja, kalau kita nak terus sihat, kita tak boleh ambil gula berlebihan. 1 sudu dah cukup, kurang lebih baik"


"Kurangkan makanan berminyak, ambillah makanan berkhasiat"

Kawan-kawan, kita jangan hanya menonton sahaja iklan dan video-video ini. Kita perlulah membuka mata serta hati kita untuk berubah. Ingat, 'makanan yang sihat melahirkan tubuh badan yang sihat.'

Pemakanan yang Seimbang


Pemakanan seim­bang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat. Pengambilannya adalah perlu mengikut kepada sukatan yang betul dan sesuai kepada keperluan kalori individu masing -masing.

Menurut perunding diet Pakar dari Hospital Kuantan , Rose Hanizan Mat Hassan, semasa forum kesihatan “Sihat Sepanjang Hayat” baru-baru ini, ramai di kalangan kita yang mengamalkan diet yang salah dengan enggan makan, tidak mengambil sarapan pagi, suka makan makanan segera, ketagihan snek, memilih makanan manis dan rnakan lewat malam.

Berdasarkan kajian di Malaysia, 5.5 peratus penduduk mengalami obesiti berbanding jumlah keseluruhan penduduk. Wanita lebih ramai mengalami obesiti iaitu 7.2 peratus, berbanding lelaki 3.8 peratus, Ini akan meningkatkan lagi peratusan pen­duduk obesiti di Malaysia. Kajian di barat dan timur Malaysia mendapati 21.3 peratus merupakan penduduk berlebihan berat, manakala obesiti 4.5 peratus. Semua ini berlaku disebabkan oleh perubahan cara hidup masyarakat seperti kehidupan sedentri, makan berlebihan dan kurang bersenam 

"Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat mendorong kepada berat badan berlebihan dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, gout, sakit jantung dan sebagainya. Ini menyebabkan badan tidak berkualiti dan julat umur yang pendek. 

"Osteoporosis adalah penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah disebabkan kurang pengambilan kalsium dan masalah ini semakin meningkat kerana masyarakat kita kurang mengambil susu seti-ap hari," ujarnya.

Tambah  beliau,  nikmati  pelbagai makanan untuk memenuhi keperluan nutrien setiap hari. Elakkan pengam­bilan makanan berlebihan dan berkurangan kerana ia berkait rapat dengan risiko penyakit berkaitan makanan. 

Beliau mengingatkan orang ramai supaya makan makanan yang seim­bang di mana ia perlu merujuk kepada piramid makanan, makan dengan kombinasi pelbagai makanan dan amalkan makan secara sederhana. Pengambilan gula, garam dan bahan pengawet yang berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan, ia juga bo­leh menyebabkan berat badan ber­lebihan dan tekanan darah tidak stabil.

"Sumber tenaga utama harus diambil dari bijirin. Seboleh mungkin pilihlah bijirin mil penuh. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik. Kurangkan pengambilan maka­nan yang digoreng berendamkan minyak, sebaliknya pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Di samping itu, amalkan meminum air kosong setiap hari dan tingkatkan pe­ngambilan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat cukup vitamin dan mineral.

"Keperluan pemakanan ditentukan oleh umur, jantina dan aktiviti fizikal. Jika berat badan berlebihan, tingkat­kan aktiviti fizikal dan kurangkan pe­ngambilan makanan. Capai dan kekalkan berat badan ideal," jelasnya lagi.

Tambah Rose, mengurangkan be­rat badan adalah bukan perkara yang senang. Pengurangan tenaga sebanyak 500 kcal sehari sekurang-kurangnya menurunkan 0.5 kilogram berat badan dalan masa seminggu. Perlu diingat untuk mengurangkan berat badan adalah kurangkan makan tetapi kerap melakukan senaman.

Jom makan makanan berkhasiat!! (n_n)



Apa itu air?

Apa itu air? Mari sama-sama kita hayati dan fahami video di bawah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...