Monday, 30 April 2012

Pemakanan yang Seimbang


Pemakanan seim­bang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat. Pengambilannya adalah perlu mengikut kepada sukatan yang betul dan sesuai kepada keperluan kalori individu masing -masing.

Menurut perunding diet Pakar dari Hospital Kuantan , Rose Hanizan Mat Hassan, semasa forum kesihatan “Sihat Sepanjang Hayat” baru-baru ini, ramai di kalangan kita yang mengamalkan diet yang salah dengan enggan makan, tidak mengambil sarapan pagi, suka makan makanan segera, ketagihan snek, memilih makanan manis dan rnakan lewat malam.

Berdasarkan kajian di Malaysia, 5.5 peratus penduduk mengalami obesiti berbanding jumlah keseluruhan penduduk. Wanita lebih ramai mengalami obesiti iaitu 7.2 peratus, berbanding lelaki 3.8 peratus, Ini akan meningkatkan lagi peratusan pen­duduk obesiti di Malaysia. Kajian di barat dan timur Malaysia mendapati 21.3 peratus merupakan penduduk berlebihan berat, manakala obesiti 4.5 peratus. Semua ini berlaku disebabkan oleh perubahan cara hidup masyarakat seperti kehidupan sedentri, makan berlebihan dan kurang bersenam 

"Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat mendorong kepada berat badan berlebihan dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, gout, sakit jantung dan sebagainya. Ini menyebabkan badan tidak berkualiti dan julat umur yang pendek. 

"Osteoporosis adalah penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah disebabkan kurang pengambilan kalsium dan masalah ini semakin meningkat kerana masyarakat kita kurang mengambil susu seti-ap hari," ujarnya.

Tambah  beliau,  nikmati  pelbagai makanan untuk memenuhi keperluan nutrien setiap hari. Elakkan pengam­bilan makanan berlebihan dan berkurangan kerana ia berkait rapat dengan risiko penyakit berkaitan makanan. 

Beliau mengingatkan orang ramai supaya makan makanan yang seim­bang di mana ia perlu merujuk kepada piramid makanan, makan dengan kombinasi pelbagai makanan dan amalkan makan secara sederhana. Pengambilan gula, garam dan bahan pengawet yang berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan, ia juga bo­leh menyebabkan berat badan ber­lebihan dan tekanan darah tidak stabil.

"Sumber tenaga utama harus diambil dari bijirin. Seboleh mungkin pilihlah bijirin mil penuh. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik. Kurangkan pengambilan maka­nan yang digoreng berendamkan minyak, sebaliknya pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Di samping itu, amalkan meminum air kosong setiap hari dan tingkatkan pe­ngambilan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat cukup vitamin dan mineral.

"Keperluan pemakanan ditentukan oleh umur, jantina dan aktiviti fizikal. Jika berat badan berlebihan, tingkat­kan aktiviti fizikal dan kurangkan pe­ngambilan makanan. Capai dan kekalkan berat badan ideal," jelasnya lagi.

Tambah Rose, mengurangkan be­rat badan adalah bukan perkara yang senang. Pengurangan tenaga sebanyak 500 kcal sehari sekurang-kurangnya menurunkan 0.5 kilogram berat badan dalan masa seminggu. Perlu diingat untuk mengurangkan berat badan adalah kurangkan makan tetapi kerap melakukan senaman.

Jom makan makanan berkhasiat!! (n_n)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...