Memang menjadi tabiat jahat sesetengah umat manusia yang suka mengambil jalan pintas. Sebelumnya ini tidak diketahui wujudnya tabiat atom hidrogen yang juga gemar suka mengambil jalan dekat.
Proton
yang kesepian, merupakan nukleus bagi atom hidrogen, biasa-biasanya
menggunakan jalan yang sama iaitu laluan ikatan hidrogen, bagi bergerak
dari satu molekul ke molekul yang lain. Tetapi kini desas desus dari
penyelidik lain pula ceritanya. Laporan menunjukkan proton sebenarnya
melakukan perjalanan kepada molekul lain dengan cara yang
berbeza-beza.Implikasi laluan baru ini masih tidak diketahui oleh para
saintis dan mereka masih terkejut beruk melihat benda baru.
Kajian ini boleh dikatakan menarik dan penting kerana ikatan hidrogen sentiasa berada di sekeliling kita dimana-mana
dan melibatkan dengan banyak perkara," kata Encik Tom DeCoursey,
seorang ahli fisiologi elekto dari Pusat Perubatan Universiti Rush
bertempat di Chicago.
Kejadian perpindahan Proton penting dalam kebanyakan proses biologi,
seperti fotosintesis, jelas DeCoursey. "Tetapi saya tak melihat
hubungan secara langsung dalam sistem biologi," komen tentang beliau
penyelidikan baru itu . "Peranan sebenarnya adalah cerita lain."
Atom hidrogen sering wujud tanpa elektron, di mana, ahli kimia merujuk
kepada sebagai ion hidrogen, atau hanya sebagai proton. Proton banyak
berpindah semasa dalam kejadian tindak balas kimia, dan para saintis
berpendapat ikatan hidrogen merupakan salah satu caranya .
Ikatan hidrogen, adalah keadaan di mana proton yang bercas positif
melekit tertarik pada atom bercas negatif. Ini paling kerap dan
sentiasa berlaku di mana-mana pelusuk alam, antaranya adalah kejadian
air dan DNA. Ikatan ini melibatkan satu molekul memiliki proton dan dan
satu lagi molekul kehilangan sedih proton semasa suatu tindak balas
kimia berlaku.
"Bagi proton, ikatan hidrogen adalah umpama menunggang di litar yang
yang menyambungkan di antara dua molekul," kata Anna Krylov, ahli kimia
dari University of Southern California di Los Angeles. Beliau dan
rakannya telah memaksa proton untuk berpindah antara susunan molekul
yang berbentuk cincin dan tidak ada mempunyai sebarang ikatan hidrogen
antara mereka. Berdasarkan pengiraan yang dibuat menunjukkan bukti
bahawa molekul berupaya menyusun semula diri mereka, lalu membentuk
suatu laluan baru yang terpantas untuk proton bergerak. "Molekul telah
berperanan membantu mereka mencari jalan," kata Krylov.
No comments:
Post a Comment